Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Penolong Mufti (‘Ifta), Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah petang tadi telah bertolak ke Republik Singapura bagi menghadiri Festival Muslim Singapura (SMF) 2023, anjuran Jamiyah Singapura.
Turut mengiringi beliau ke festival tersebut ialah Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Kerajaan, Haji Hairulazmi bin Abdullah.
SMF 2023 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula esok hingga 5 Mac itu akan mengambil tempat di Singapore Expo Convention and Exhibition Centre, Hall 5.
Acara berkenaan dianjurkan bagi memperingati Nabi Muhammad SAW, dan bagi mengundang orang ramai untuk lebih mempelajari dan menyelami terhadap pengajaran Islam.
