Jabatan Muzium-muzium ditutup setengah hari

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Jabatan Muzium-muzium memaklumkan bahawa dewan-dewan pameran di bawahnya akan ditutup setengah hari sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 pada 24 Februari ini.

Muzium-muzium yang dimaksudkan ialah Muzium Teknologi Melayu; Muzium Alat Kebesaran Diraja; Taman Warisan Tasek Merimbun; Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan; Muzium Maritim Brunei Darussalam; Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah; Taman Arkeologi Kota Batu; dan Muzium Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait.

Menurut kenyataan Jabatan Muzium-Muzium, dewan-dewan pameran akan dibuka pada hari yang sama jam 1:30 petang.

Dalam pada itu, kenyataan turut memaklumkan bahawa Muzium Brunei dan Bubungan Dua Belas masih tutup untuk kerja-kerja pemeliharaan bangunan dan kawasan.