WASHINGTON, 28 FEB – Jabatan Negara Amerika menjangkakan mengalami kerugian sebanyak AS$98 juta hasil visa yang sebelum ini digunakan bagi menyediakan perkhidmatan kritikal untuk warga Amerika di luar negara akibat wabak COVID-19, kata Timbalan Setiausaha Biro Hal Ehwal Konsular, Ian Brownlee pada sesi pendengaran kongres.
“Kami menjangkakan kerugian 98 juta dolar hasil visa tahun ini kesan daripada COVID-19,” kata Brownlee semalam lapor agensi berita Sputnik.
Brownlee berkata Biro Hal Ehwal Konsular Jabatan Negara menyediakan perkhidmatan kritikal untuk rakyat Amerika di luar negara.
Operasi biro itu sebahagian besarnya dibiayai daripada yuran visa. Brownlee meminta kongres memberikan biro itu dana tambahan untuk memastikan perkhidmatan tersebut dapat terus disediakan. – Bernama