BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Jabatan Penerangan kelmarin mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bersempena sambutan memperingati penubuhannya yang ke-73 tahun di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.
Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
