Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Jabatan Penjara memperingati ulang tahun penubuhannya ke-64 yang disambut setiap 1 Mac dengan mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
Hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Ajman bin Haji Meludin, Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Ketua Guru Agama Institusi Penjara Jerudong, Haji Azmi bin Haji Tapau, sementara Doa Tahlil pula dibacakan oleh Pegawai Penjara, Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani.
