Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Jabatan Penjara memperingati ulang tahun penubuhannya yang ke-65 dengan meng-adakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
Hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pemangku Pengarah Penjara, Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna, para pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Jabatan Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Guru Agama Institusi Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Nur Huzaimi bin Haji Murah.
