Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Sempena sambutan hari ulang tahun penubuhannya ke-66 tahun yang disambut setiap 1 Mac, Jabatan Penjara pagi tadi telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.
Hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud; Pemangku Pengarah Penjara, Haji Muhammad Isamuddin bin Abdullah Juna dan para pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil yang dipimpin oleh Guru Agama Institusi Penjara Maraburong Fasa 3, Awang Azmi bin Haji Tapau dan Wadar 536 Haji Mohd Amin bin Haji Mohammad.
