Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Penjara, BIBD sambut Aidiladha bersama RS

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Dengan membawa tema Aidiladha Pemangkin Silaturahim Sesama Insan, Jabatan Penjara dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Silaturrahim, Pusat Latihan Jabatan Penjara, hari ini.

    Majlis yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Jabatan Penjara, Awang Bahrin bin Mohd Yassin itu telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Guru Agama Institut Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Hazrin bin Daud dan diteruskan dengan laungan takbir Hari Raya beramai-ramai.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan tausyeh dan maulid oleh banduan Fasa 1 dan Fasa 3, yang menambah seri dan penghayatan kepada sambutan Aidiladha.

    Awang Bahrin turut mengagihkan token penghargaan kepada Rakan Seliaan (RS) dan warga Jabatan Penjara semasa majlis tersebut.

    Sambutan yang diadakan buat julung kalinya bersama rakan strategik BIBD itu, bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara serta memperkukuh jalinan bersama RS dan rakan strategik, selaras dengan nilai-nilai murni semangat Aidiladha.

    Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara, wakil-wakil dari BIBD serta pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Awang Bahrin mengagihkan token penghargaan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha kepada Rakan Seliaan dan warga Jabatan Penjara. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    Antara yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda