Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Penjara rai 10 warga berjasa

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Jabatan Penjara telah meraikan 10 orang pegawai dan kakitangannya yang telah dan akan bersara pada Majlis Penghargaan dan Doa Selamat yang diadakan di Dewan Sukma Indera Pusat Latihan Jabatan Penjara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Penguasa Penjara Pengiran Roslinawati binti Pengiran Haji Omar dan seterusnya diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis.

    Pada majlis berkenaan wakil yang diraikan, Mantan Sarjan Wadar 144 Mahali bin Haji Mohamad turut memberi sedikit ucapan ringkas.

    Tetamu kehormat seterusnya menyampaikan cenderamata kepada pesara-pesara yang diraikan dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Penjara, Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Penjara, Pengiran Haji Mohammad Bahrin bin Pengiran Haji Jamaluddin, ketua-ketua pengurusan, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Penjara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda