Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Peperiksaan umum keputusan BC G.C.E dan IGSE

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge G.C.E. ‘A’, ‘AS’ dan ‘O’ Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Mei / Jun 2017.

    Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bagi Peperiksaan BC G.C.E. ‘A’ Level, daripada 222 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 158 atau 71.17 peratus mendapat sekurang-kurangnya 1 ‘A’ Level.

    Pada keseluruhannya yang memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘A’ Level adalah seramai 77 calon atau 34.68 peratus.

    Bagi Peperiksaan BC G.C.E. ‘AS’ Level pula, daripada 1705 calon yang menduduki peperiksaan ‘AS’ Level, 1586 atau 93.02 peratus telah berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 1 ‘AS’ Level.

    Calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 2 ‘AS’ Level adalah seramai 1,313 atau 77.01 peratus. Kenyataan itu berkata, bagi Peperiksaan BC G.C.E. ‘O’ Level, seramai 2,220 calon (tidak termasuk yang menduduki satu atau dua mata pelajaran) yang menduduki peperiksaan tersebut dengan mengambil antara tiga mata pelajaran hingga sembilan mata pelajaran.

    Dari segi calon yang mengambil antara lima mata pelajaran hingga sembilan mata pelajaran adalah seramai 305 calon, dan daripada jumlah ini seramai 130 calon memperolehi 5 ‘O’ Level kredit dan ke atas atau 42.62 peratus.

    Penuntut-penuntut yang mengambil peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon-calon persendirian dikehendaki mengambil slip keputusan mereka di Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada waktu pejabat dibuka.

    Kenyataan itu berkata, calon-calon yang berhasrat untuk menduduki peperiksaan tersebut bagi memperbaiki pencapaian, pada bulan Oktober/November ini, boleh membuat pendaftaran sebagai ‘Late Entry’ dengan dikenakan bayaran Late Entry Fee bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

    Borang dan maklumat pendaftaran bolehlah diperolehi di Jabatan Peperiksaan dan tarikh tutup bagi pendaftaran ‘Late Entry’ tersebut adalah pada Hari Isnin, 28 Ogos 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda