Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Perikanan anjur aktiviti kempen kebersihan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Dengan matlamat untuk memberikan persekitaran yang kondusif dan selesa menerusi penyediaan prasarana yang bersih serta selesa, Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan kempen kebersihan di persekitaran tapak penurunan dan penaikan perahu di Kampung Serasa, Mukim Serasa pada 28 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, di sini, kempen kebersihan berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengarah Perikanan, Hajah Wanidawati binti Haji Tamat dan turut dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perikanan serta penduduk yang bermastautin di Kampung Serasa termasuk nelayan-nelayan yang menggunakan tapak penurunan dan penaikan perahu di Kampung Serasa.

    Kempen kebersihan berkenaan merupakan salah satu kerja sukarelawan yang dilaksanakan bersempena Hari Bertindak Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa bagi Tahun 2024.

    Ia juga merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perikanan untuk mencapai matlamat dalam memupuk kerjasama dan memberikan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat untuk sama-sama bertanggungjawab dalam mengamalkan sifat menjaga kebersihan dan memelihara persekitaran di tapak-tapak penurunan dan penaikkan perahu supaya ia sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk digunakan oleh para nelayan dan juga pengguna yang lain.

    Pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan semasa kempen kebersihan tersebut.- GAMBAR SERAHAN JABATAN PERIKANAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda