Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabatan Urusan Haji terima kunjungan muhibah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) terus komited dalam menilai serta menambah baik mutu perkhidmatan untuk para jemaah haji di Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi yang akan datang.

    Pengarah Urusan Haji, Haji Abdullah bin Haji Mohamad, selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, pagi tadi telah menerima kunjungan muhibah daripada Pengerusi Syarikat Nozoly, Dato Jamil Sulaiman Bondagjy iaitu salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi, yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Urusan Haji, KHEU.

    Perjumpaan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada usaha awal pihak jabatan untuk menilai perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan, khususnya di kawasan Mashaer iaitu seperti di kawasan Arafah dan Mina.

    Hasil dapatan dan maklumat daripada pertemuan tersebut akan diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat berhubung pemilihan syarikat yang akan bertanggungjawab sebagai penyedia perkhidmatan bagi para jemaah haji Brunei.

    Haji Abdullah semasa menerima kunjungan daripada Dato Jamil Sulaiman Bondagjy di KHEU. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda