Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabeur benam Pera, bakal berdepan Haddad Maia

    PARIS, 5 JUN – Bernarda Pera tidak mampu memenangi satu perlawanan pun hari ini setelah dia tersingkir dengan straight set dalam pusingan keempat Terbuka Perancis.

    Berdepan pilihan ketujuh, Ons Jabeur dari Tunisia, pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat (AS) itu dikecewakan lapan kali di Court Philippe Chatrier dan tewas 6-3, 6-1. Jabeur memenangi 15 daripada 16 mata pada servis kedua Pera. Jabeur, naib juara di Wimbledon dan Terbuka AS tahun lalu, mara ke suku akhir di Roland Garros buat kali pertama dalam kerjayanya.

    Jabeur juga bergelut dengan servisnya tetapi berjaya menyelamatkan lapan daripada 12 mata akhir yang dihadapinya.

    “Dia memberi banyak tekanan kepada servis saya,” kata Jabeur. “Saya gembira kerana saya dapat memenangi permainan servis saya. Saya harap saya mampu bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya.”

    Pera kelihatan kecewa dan cuba memendekkan permainan, tetapi strategi itu tidak berjaya. Dia akhirnya membuat 33 kesilapan secara keseluruhan.

    Pulih daripada kecederaan betis yang menghalang persiapannya untuk kejohanan itu, Jabeur menjadi wanita Tunisia dan Arab pertama yang mara sejauh itu di Terbuka Perancis.

    Dia adalah wanita Afrika pertama yang mara ke suku akhir di Roland Garros sejak Amanda Coetzer dari Afrika Selatan yang mara ke separuh akhir pada 1997.

    Jabeur seterusnya akan menentang seorang lagi pemain kali pertama mara ke suku akhir di Paris – pilihan ke-14, Beatriz Haddad Maia, yang menang mengatasi Sara Sorribes Tormo selepas permainan hampir empat jam.

    Haddad Maia bangkit mengatasi pesaingnya dari Sepanyol 6-7 (3), 6-3, 7-5 dalam perlawanan yang menampilkan 16 breaks of serve dalam keadaan berangin. Dia menjadi wanita Brazil pertama yang mara ke suku akhir utama sejak Maria Bueno mara ke separuh akhir Terbuka AS 1968.

    Sorribes Tormo telah mara ke pusingan keempat hasil walkover selepas lawannya, juara Wimbledon Elena Rybakina, menarik diri kerana sakit. – AP

    Jabeur meraikan kemenangan pusingan keempat kejohanan tenis Terbuka Perancis menentang Pera di stadium Roland Garros, Paris, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda