Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jabriella pecah rekod kebangsaan

    TAPAH, 19 Sept – Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Jabriella Teo Samuel mengakhiri penampilannya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dengan kemenangan berganda serta memecah rekod kebangsaan kategori snatch bawah 75 kilogram (kg) pada edisi ke-19 Perak di sini.

    Jabriella melakukan sejarah baharu itu pada angkatan ketiga seberat 86 kg mengatasi rekod kebangsaan dan kejohanan milik atlet Johor, Arisha Farra Erwin, 80kg yang dilakukan pada Sukma 2010 di Melaka.

    Berasal daripada Kuala Lumpur, Jabrielle menewaskan atlet Kelantan, Nor Sofia Mohd. Nordin (70kg) dan atlet Terengganu, Amna Yasmin Young Habsullah Young (57kg) masing-masing meraih pingat perak dan gangsa ketika beraksi di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah. Jabriella yang mempunyai darah Sabah daripada bapanya mahu menghadiahkan kejayaan cemerlang itu kepada ibu bapanya, Teo Kui Song dan Samuel Bindigan yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan sejak beliau terlibat dalam sukan angkat berat lapan tahun lalu.

    Jabriella turut memenangi pingat emas acara clean and jerk dengan membuat angkatan maksimum 100kg tetapi gagal memecahkan rekod Sukma (102kg) dan rekod kebangsaan (103kg).

    “Sebenarnya saya gembira dan sedih. Saya gembira kerana dapat memperbaharui rekod kebangsaan dalam kategori snatch dan saya sedih kerana gagal membuat rekod baharu kebangsaan bagi acara clean and jerk. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda