Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Jacinda Ardern buat penampilan terakhir

    WELLINGTON, 24 JAN – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berterima kasih kepada rakyat atas kerjasama ketika beliau memegang jawatan perdana menteri yang akan berakhir esok, diganti oleh rakannya, Chris Hipkins.

    Wanita 42 tahun itu berkata minggu lalu dia tidak lagi mampu meneruskan selepas lima tahun memegang jawatan tersebut, di mana dia telah memimpin negara itu melalui bencana alam, serangan pengganas terburuk dan pandemik Covid-19.

    Peletakan jawatannya, kurang tiga tahun selepas kemenangan pilihan raya yang kedua, telah mencetuskan perdebatan nasional mengenai kritikan hebat yang dihadapi oleh pemimpin wanita, terutama di media sosial.

    Chris Hipkins, yang akan mengambil alih jawatan perdana menteri, berkata Ardern mengalami layanan dan respons yang buruk semasa memimpin negara.

    Ardern bagaimanapun berkata dia tidak akan menggambarkannya seperti itu.

    Ardern membuat penampilan terakhirnya di khalayak ramai sebagai Perdana Menteri New Zealand semasa lawatan di Ratana. – AP

    Semasa penglibatan awam terakhirnya sebagai perdana menteri, melawat penempatan Maori Ratana di Pulau Utara, dia berkata dia tidak suka pemergiannya dilihat sebagai pandangan negatif terhadap New Zealand.

    “Saya malah merasa bersyukur kerana mempunyai peranan yang hebat ini selama bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita dari tempat kelahiran salah satu pergerakan politik orang asli yang paling berpengaruh di negara ini.

    Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri esok, berkata ia adalah perasaan ‘pahit dan manis’ untuk menggantikan rakannya selama 20 tahun.

    “Saya sangat berbesar hati untuk memegang jawatan itu, tetapi Jacinda juga merupakan kawan baik saya,” katanya kepada pemberita kelmarin.

    Ardern berkata dia kini akan berundur daripada politik domestik, dan akan memberikan beberapa nasihat untuk Hipkins.

    “Iini adalah masa untuk dia mengukir ruang sendiri dan menjadi pemimpinnya sendiri.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...