Sony Pictures telah mendedahkan barisan pelakon untuk penghasilan semula filem atau reboot, Anaconda akan datang yang dibintangi oleh Jack Black dan Paul Rudd.
Menurut laporan UPI, dalam klip YouTube yang disiarkan baru-baru ini, Jack Black menyanyikan nama-nama pelakon yang muncul dalam filem itu, yang dijangka ditayang di pawagam pada Krismas.
Thandiwe Newton, Steve Zahn, Selton Mello dan Daniela Melchior akan menyertai Black dan Rudd dalam filem baharu itu.
Filem asal Anaconda pada 1997 menampilkan Jennifer Lopez, Ice Cube, Eric Stoltz dan Jon Voight.
Menurut Variety, filem Anaconda baharu mengisahkan kemalangan yang dihadapi sekumpulan rakan di dalam hutan ketika mereka berusaha untuk membuat penggambaran filem versi baharu yang mereka gemari ketika mereka muda.
“Kita kena bunuh ular itu, dan ular di dalamnya,” antara nyanyian Jack Black di dalam klip video berkenaan. “Kita kena bunuhnya. Kita akan patahkan lehernya dan masakkannya di atas dapur. Dan apabila kita membawa ular itu pulang ke rumah, kita akan menonton wayang.” – Agensi
