Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jack Ma terima jawatan profesor pelawat di Jepun

    TOKYO, 1 MEI – Jutawan China, Jack Ma hari ini telah dilantik sebagai profesor kanan di universiti Jepun, satu lagi peranan akademik baharu untuk pengasas gergasi teknologi, Alibaba.

    Tokyo College, sebahagian daripada Universiti Tokyo yang berprestij, berkata, Ma akan ‘berkongsi pengalamannya yang luas dan pengetahuan perintis mengenai keusahawanan, pengurusan korporat dan inovasi’ dalam seminar untuk pelajar dan kakitangan.

    Lelaki berusia 58 tahun itu, mempamerkan sikap rendah diri sejak kejatuhannya semasa tindakan keras kerajaan China terhadap industri teknologi sejak dua tahun lalu.

    Tetapi dia baru-baru ini menerima jawatan profesor kehormat dari sekolah perniagaan Universiti Hong Kong, dilaporkan untuk penggal tiga tahun yang berakhir pada Mac 2026.

    Di laman webnya, Kolej Tokyo berkata, Ma akan ‘menjalankan penyelidikan dan projek bersama’ dengan ahli fakulti, “terutamanya dalam bidang pertanian mampan dan pengeluaran makanan.”

    Sebagai profesor pelawat, pembesar itu juga dijangka “memberi nasihat dan sokongan” mengenai topik penyelidikan.

    Sebelum melancarkan Alibaba yang operasinya merangkumi e-dagang, pengkomputeran awan, media dan AI, Ma mengajar bahasa Inggeris selama lapan tahun di Universiti Hangzhou Dianzi di timur China. – AFP

    Jack Ma, merupakan salah satu sasaran paling berprofil tinggi bagi tindakan keras teknologi China. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda