Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jackie Chan tak halang hobi pelik isteri

    Isteri pelakon Jackie Chan iaitu Joan Lin mendedahkan dia mempunyai satu hobi pelik iaitu mengumpul pakaian dalam.

    Lin mula meminati hobi itu sejak beberapa tahun lalu dan mula mengumpul koleksi termahal pernah dimiliki.

    Isteri pelakon aksi itu juga memberitahu dia meminati rekaan pakaian dalam daripada pereka fesyen terkenal Perancis dan sanggup berhabis duit demi menjadi orang pertama memilikinya.

    Difahamkan, jumlah keseluruhan koleksi pakaian dalam itu nilainya hampir seperti membeli sebuah rumah.

    Malah, dia tidak berkira untuk berbelanja ratusan ribu setahun semata-mata mendapatkan koleksi berkenaan.

    Selain mengumpul pakaian dalam itu, Lin juga memberitahu tujuan dia memborong pakaian itu bukan untuk dijual sebaliknya diberikan secara percuma kepada beberapa rakan baiknya.

    Kata Lin, meskipun hobinya itu mahal namun suami tidak menghalang kerana dia menggunakan duit sendiri membeli koleksi baju dalam berkenaan. – Agensi

    Joan Lin sanggup habis ratusan ribu demi kumpul koleksi baju dalam. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda