Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jackie Shroff lindungi hak peribadi

    Pelakon Bollywood Jackie Shroff berjaya mendapatkan hak perlindungan eksklusif berkaitan jenama dirinya termasuk imej, nama, suara dan personaliti.

    Perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi Delhi, India selepas Shroff, 67, memfailkan tuntutan saman terhadap pihak yang menggunakan frasa serta imej mirip dirinya tanpa kebenaran.

    Shroff berkata, dia gembira apabila pihak berkuasa mula memberi perhatian terhadap isu hak cipta selebriti di India yang sebelum ini sewenang-wenangnya dipergunakan dan dimanipulasi.

    “Setelah sekian lama selebriti tidak mempunyai sebarang cara menentang penyalahgunaan identiti tapi akhirnya perkara itu mula berubah.

    “Saya gembira mahkamah telah mengiktiraf dan melindungi hak-hak ini secara progresif,” katanya.

    Memetik laporan mStar, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi terhadap mana-mana pihak yang telah melakukan kesalahan serupa terhadap Shroff.

    Keputusan mahkamah itu juga turut melarang segala berkaitan dengan Shroff tidak boleh digunakan dalam semua bentuk media termasuk secara digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI), GIF serta lain-lain berkaitan.

    “Melindungi hak personaliti adalah penting untuk menjaga hasil kerja saya.

    “Ia juga bagi mengelakkan timbul salah faham dalam kalangan peminat,” jelasnya. – Agensi

    Shroff bertegas pertahan hak identiti. – peepingmoon.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda