Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jacklyn bukan gadis liar

    Status ‘bintang’ dalam genggaman tidak diperoleh dalam sekelip mata.

    Sebelum diangkat sebagai juara program realiti, Malaysian Idol (MI) musim pertama, Jaclyn Victor pernah melalui fasa terpaksa berdepan pandangan serong masyarakat demi mencari sesuap rezeki.

    Mengimbau kembali detik itu, Jaclyn berkata, situasi itu berlaku ketika dirinya bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam.

    “Sebelum menjadi penyanyi, saya menyanyi di kelab malam. Disebabkan saya tidak mempunyai kereta, saya pergi kerja menaiki teksi.

    “Biasalah apabila naik teksi, pasti pemandu teksi mengajak saya bersembang. Apabila pemandu tanya saya mahu ke mana, saya tidak akan menipu dan beritahu saya mahu ke kelab malam.

    “Mendengar jawapan itu, mereka sangat terkejut dan mula mempersoalkan kenapa orang tua saya membenarkan anak gadisnya pergi kelab malam.

    “Pemandu juga hairan mengapa emak saya tak memarahi saya kerana pergi bersosial,” katanya kepada BH Online.

    Meskipun hatinya terusik dengan pandangan negatif seperti itu, namun, Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac, tidak mengambil hati dengan sikap skeptikal pemandu teksi.

    Malah, Jaclyn meluahkan rasa syukur kerana ibunya, Maggie Victor tidak pernah menghalang minatnya dan sentiasa memberi sokongan padu.

    “Apabila ada yang bertanya, saya terpaksa terpaksa berdalih dengan menyatakan saya hendak jumpa kawan.

    “Emak memahami minat saya dan tidak pernah pun datang melihat saya menyanyi. Janji, saya pandai menjaga diri,” ujar penyanyi bervokal lantang itu.

    Dalam perkembangan lain, Jaclyn turut disoal mengenai reaksinya apabila bekas suami, Shawn Rivera sudah menemui pengganti.

    Tidak terkejut dengan soalan itu, Jaclyn mengakui mengetahui berita itu menerusi Instagram Story (IGs) bekas suami dan tumpang gembira mendengar perkhabaran itu. – Agensi

    Jaclyn bakal mementaskan konsert solo pertama di Zepp Kuala Lumpur di ibu negara, pada 12 Oktober depan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda