Wednesday, July 23, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jackson lancar album baharu MAGICMAN 2

    Penyanyi rap, Jackson Wang baru-baru ini mengeluarkan sebuah album baharu yang berjudul MAGICMAN 2.

    Album tersebut ditulis dan diterbitkan sepenuhnya oleh penyanyi dari Hong Kong itu dengan menampilkan evolusi terhadap persona Jackson tersendiri yang menjadi kesinambungan kepada album MAGICMAN pada tahun 2022.

    Album tersebut telah dibahagikan kepada beberapa bab emosi iaitu penafian, kehilangan, kesedaran terhadap kesakitan dan penyembuhan. Melalui susunan itu, Jackson menyusuri perjalanan pendamaian dalam dirinya. “Buat pertama kali, saya hasilkan muzik untuk diri sendiri,” kata Jackson kepada Allkpop.

    Tambahnya, “Daripada mengejar lagu komersial, saya utamakan kejujuran seni. Album itu seperti menukarkan diari saya menjadi muzik. Ia mengenai menerima cahaya dan kegelapan dalam diri. Itulah MAGICMAN 2.”

    Lagu utama Made Me a Man menutup perjalanan album itu dengan lirik yang terkawal dan susunan muzik minimalis, menggambarkan lengkungan emosi yang mendalam serta menggambarkan transformasi Jackson daripada terasing dan keliru kepada ketenangan dan kejelasan diri.

    Sebelum pelancaran rasmi album tersebut, peminat global telah menunjukkan sokongan padu menerusi lagu-lagu prarilis, seperti lagu High Alone yang menduduki carta teratas Apple Music di 22 negara, manakala GBAD meraih lebih 32 juta tontonan di YouTube, sekaligus mencetus fenomena remix di seluruh dunia.

    Kolaborasi bersama bintang India, Diljit Dosanjh menerusi BUCK, serta lagu terbaharunya Hate to Love, turut menarik perhatian ramai, sekali gus mengukuhkan kedudukan Jackson sebagai bintang pop bertaraf global. – Agensi

    Jackson melancarkan album autobiografi terbarunya berjudul MAGICMAN 2, disertai lagu utama, Made Me a Man. – AllKpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda