Ahli kumpulan GOT7, Jackson Wang mengakui teringin memiliki kekasih tetapi jadual kerja yang padat membuatkan dia sukar untuk menjalin hubungan dengan mana-mana wanita.
Memetik laporan Next Shark, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata, dia bimbang kesibukan kerja boleh menyebabkan hubungan mereka pasti tidak akan mampu bertahan.
“Sebagai contoh, saya mungkin sangat suka personaliti awda dan ingin mengenali dengan lebih dekat, tetapi kemudian saya perlu terbang ke Thailand dan pada hari berikutnya ke Korea pula.”
“Hubungan seperti ini tidak akan mampu bertahan dan biarlah masa yang menentukan segalanya,” katanya.
Berkongsi tentang perancangan selepas ini, Jackson menetapkan untuk berkahwin pada usia 35 tahun, namun jika impian itu tidak tercapai, dia akan menambah sasaran lima hingga 10 tahun lagi supaya dapat meluangkan masa yang cukup buat anak-anak.
Tambah Jackson, sekiranya tidak dapat mencari pasangan sehingga umur 40 tahun, dia bakal berkongsi di Instagram untuk meminta bantuan daripada orang ramai.
“Jika saya mempunyai anak pada usia 60 tahun, maka apabila mereka berumur 20 tahun saya akan berumur 80 tahun. Pada waktu itu, saya tidak akan dapat minum atau berbual dengan mereka,” ujarnya. – Agensi
