Sunday, July 7, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Jaclyn juara All Stars Gegar Vaganza

    Bekas juara Gegar Vaganza musim kesembilan, Jaclyn Victor, 45, muncul juara program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, kelmarin.

    Susulan kemenangan itu, Jaclyn atau lebih akrab disapa Jac menerima hadiah wang tunai RM200,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

    Pada persembahan itu, pemilik vokal mantap itu menyanyikan lagu When You Believe dendangan asal Mariah Carey dan Whitney Houston.

    Jaclyn turut berduet dengan Datuk Jamal Abdillah menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan, manakala untuk segmen battle, bekas juara Malaysian Idol musim pertama itu mendendangkan lagu Let’s Kill This Love dendangan asal kumpulan Blackpink.

    Semua finalis tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

    Jaclyn dinobatkan juara All Stars Gegar Vaganza pada konsert akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini. – mStar

    Untuk kategori Khas Anugerah Pilihan Boss Susu, ia dimenangi oleh penyanyi Naqiu.

    Pada konsert final, semua peserta diberikan tiga tugasan, persembahan secara solo, berduet dengan penyanyi undangan dan segmen battle.

    Pengkritik dibarisi juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri undangan, Ratu Rock, Ella.

    Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan Hael Husaini.

    ASGV dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...