Wednesday, February 19, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaclyn Victor bengang, bakal ambil tindakan terhadap berita palsu

    Penyanyi Jaclyn Victor meluahkan rasa bengang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu mengaitkan dirinya terlibat kes jenayah di media sosial.

    Tampil bersuara mengenai perkara itu, Jaclyn, 47, berkata dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan dan mengambil tindakan terhadap akaun yang mencipta berita palsu berkenaan.

    “Saya akan ke balai polis kerana perkara ini sudah tidak terkawal dan membuatkan saya sangat marah. Kenapa saya perlu berbogel?” katanya.

    Jaclyn berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

    Luahan tersebut dibuat selepas ada pihak yang menyunting menggunakan wajahnya untuk satu berita palsu yang disebarkan di laman Facebook menunjukkan kelihatan seorang wanita dengan keadaan berbogel dan tangannya digari oleh pihak polis.

    Namun wajah wanita berkenaan disunting menggunakan muka Jaclyn memperlihatkan seolah-olah penyanyi itu terlibat dengan kes jenayah berkenaan.

    Bukan hanya suntingan pada gambar, malah nama Jaclyn Victor juga tertera pada keratan berita berkenaan.

    Memandang perkara itu, Jaclyn memberitahu tindakan undang-undang wajar dilakukan sebagai pengajaran terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

    “Cukup-cukuplah! Orang seperti ini benar-benar aneh. Kalau saya bersuara lebih, nanti saya pula dilihat sebagai orang yang salah,” luahnya.

    Hasil carian mStar mendapati bahawa berita tersebut adalah palsu dan laman sesawang juga tidak wujud. – Agensi

    Jaclyn berang berita palsu mengenainya tersebar. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda