Penyanyi Jaclyn Victor hilang sabar apabila seorang individu tidak dikenali menyamar sebagai dirinya dengan menggunakan akaun Instagram palsu.
Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, berkata, dia memohon orang ramai untuk menyekat dan melaporkan akaun tersebut.
“Palsu! Tolong sekat dan laporkan akaun ini kerana individu terbabit meninggalkan komen dengan menyamar sebagai diri saya,” katanya, menurut laporan mStar.
Jaclyn berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi tadi.
Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu turut meninggalkan komen seolah-olah menggambar seperti ia ditulis oleh dirinya
Menerusi perkongsian itu, Jaclyn memuat naik paparan tangkap layar memaparkan komen palsu dibuat oleh individu terbabit yang mengaku akaun tersebut adalah platform rasmi media sosial.
“Terima kasih untuk sokongan dan komen awda di dalam laman rasmi. Saya teruja mengenali peminat setia seperti awda, boleh saya tahu awda berasal dari mana?,” tulis individu berkenaan.
Hasil semakan mStar, akaun Instagram yang menggunakan nama jaclyn_victor343 itu dipercayai baharu dicipta kerana masih belum mempunyai pengikut dan tidak memuat naik sebarang foto.
Akaun tersebut turut diaktifkan dalam mod privasi. – Agensi
