Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaclyn Victor sanggup belanja besar demi album Glorious

    Setelah dua dekad menggegarkan industri muzik tanah air, penyanyi Jaclyn Victor sanggup berhabis wang dan tenaga demi melancarkan album baharunya berjudul Glorious.

    Enggan berkongsi kos yang dibelanjakan untuk album ini, Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, menyifatkan ia merupakan karya paling istimewa sepanjang berkecimpung dalam karier nyanyian.

    “Saya hanya mahu melakukan sesuatu yang berbeza sempena ulang tahun ke-20 saya dalam industri muzik.

    “Album ini adalah kesayangan saya. Saya berusaha sepenuhnya dan berhabis banyak wang ringgit,” katanya kepada mStar.

    Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran album terbaharunya Glorious yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

    Jaclyn memberitahu album ini menampilkan lagu-lagu yang dicipta khas berdasarkan kisah hidupnya, menjadikan karya ini lebih peribadi dan bermakna. – mStar

    Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu album ini menampilkan lagu-lagu yang dicipta khas berdasarkan kisah hidupnya, menjadikan karya ini lebih peribadi dan bermakna.

    Album tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama dua rakan baiknya yang menetap di New York iaitu Gerald Sellan dan Adrian Puan.

    “Semua lagu dalam album ini direka khas untuk saya, bukan koleksi lagu daripada mana-mana penyanyi lain. Album ini adalah hasil kerjasama antara saya dan dua rakan baik saya, Gerald Sellan dan Adrian Puan.

    “Mereka yang memahami semua cabaran dan perasaan saya sepanjang karier. Mereka menulis lirik berdasarkan kisah hidup saya,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, album Glorious yang memuatkan sembilan buah lagu dilancarkan bagi meraikan ulang tahun ke-20 Jaclyn sebagai penyanyi.

    Tidak hanya memuatkan tujuh buah lagu berbahasa Melayu, ia turut menampilkan dua karya berbahasa Inggeris khas buat peminat.

    Ini termasuk versi bahasa Inggeris untuk lagu ikonik nyanyiannya iaitu Gemilang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda