Jacob Elordi dan Kaia Gerber dikatakan bercinta?

Pelakon Jacob Elordi dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model yang juga pelakon Kaia Gerber.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto mesra Jacob dan Kaia ketika menghabiskan masa bersama di Bandaraya New York menguatkan lagi spekulasi mereka bercinta. Foto yang memperlihatkan pasangan itu sedang berpegangan tangan menarik perhatian umum.

Sebelum ini, Jacob dan Kaia juga pernah dilihat menikmati makan malam bersama di Nobu di Malibu pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, Jacob dan Kaia memilih untuk mengunci mulut mengenai hubungan mereka. Jacob sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi Zendaya selepas berpisah dengan pasangan gandingannya dalam filem The Kissing Booth, Joey King. – Agensi

Foto pasangan tersebut sedang berpegangan tangan menarik perhatian umum dan menguatkan spekulasi mereka bercinta. – Agensi