Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jacob Elordi ucap tahniah kepada Zendaya

    Kurang dari 24 jam melakar sejarah menjadi pemenang termuda trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy pada Isnin lalu, penyanyi Zendaya menerima ucapan tahniah daripada bekas kekasihnya iaitu Jacob Elordi.

    Memetik laporan Dailymail, Jacob Elordi yang juga pelakon filem The Kissing Booth itu mengucapkan tahniah kepada Zendaya menerusi laman Instastory miliknya dengan bersertakan emoji ‘love’ berwarna hitam dan ungu.

    “Congatulations captain @zendaya Bravo,” tulis Jacob.

    Zendaya memenangi kategori itu menerusi drama lakonannya Euphoria sekali gus mengenepikan nama besar lain termasuk Jennifer Aniston dan Laura Linney.

    Khabar angin mengenai hubungan cinta Zendaya dan Jacob mula diperkatakan semenjak mereka meluangkan masa bersama pada tahun lalu namun awal September lalu mereka dikatakan sudah berpisah. – Agensi

    Zendaya menerima ucapan tahniah daripada bekas kekasihnya iaitu Jacob Elordi tidak lama selepas memenangi trofi Pelakon Utama Wanita Terbaik di Anugerah Emmy baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda