Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Jadi mangsa keadaan akibat kegagalan England di Euro’

    ENGLAND, 27 NOV – Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham, berkata dia telah dijadikan mangsa keadaan selepas England gagal dalam usaha mereka untuk memenangi Kejohanan Eropah tahun ini.

    Bellingham, yang menjaringkan salah satu gol kejohanan itu dengan tendangan menarik di waktu kecederaan semasa menentang Slovakia pada pusingan 16, kelmarin berkata dia menerima kritikan tidak adil atas persembahannya.

    “Saya perlu berterus terang, saya banyak kehilangan senyuman selepas Euro ketika bermain untuk England kerana saya merasakan sedikit dianiaya berbanding sumbangan yang telah diberikan,” katanya.

    Bellingham pergi ke Euro berikutan musim cemerlang bersama Madrid di mana dia memenangi kejuaraan liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara. Dia juga dinamakan pemain terbaik musim ini di liga utama Sepanyol.

    Dia menjaringkan dua gol di Euro ketika England menamatkan saingan selaku naib juara selepas tewas kepada Sepanyol di perlawanan akhir.

    “Saya telah memberikan sumbangan yang cukup besar, akan tetapi pada akhirnya, seluruh dunia seolah-olah telah menyalahkan saya selepas Euro, terutamanya tiga hari selepas perlawanan akhir. Ia bukan sesuatu yang baik,” ujarnya lagi. – AP

    Bellingham semasa menghadiri sidang media di Anfield, Liverpool, Britain pada 26 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda