KOTA BAHARU – Siapa sangka hanya bersandarkan platform media sosial YouTube sebagai sumber rujukan, seorang pemuda Muhammad Afiq Hamidi, 23, kini bergelar usahawan piza kayu api. Muhammad Afiq berkata idea membakar piza menggunakan kayu api itu tercetus sejak sebulan lepas oleh bapanya Hamidi Hasan, 50, yang kemudian mencadangkannya supaya mengusahakan perniagaan tersebut pada September lalu.