Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Bahasa Melayu (BM) sebagai khazanah yang mencerminkan identiti sebuah bangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Forum Perdana Bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa 2017 yang mengupas pelbagai isu antaranya penggunaan Bahasa Melayu kurang digemari apabila bertutur.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis yang berlangsung di Kompleks Annajat, Kampung Mata-Mata Gadong, hari ini, itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Umarali bin Esung.
Forum bertema ‘Bahasa Melayu Bahasa Kita’ itu antara lain bertujuan untuk terus menjadikan Bahasa Melayu itu terus relevan selaras dengan tuntutan arus pembaharuan masa kini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn