Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadikan Brunei bersih dan hijau

     

    Oleh Sim Y. H., Normazlina M.D, Hajah Saemah Kepli & Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – Seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam diseru untuk memastikan dan mengamalkan sikap sentiasa menjaga kebersihan Negara Brunei Darussalam serta sentiasa berganding-bahu dengan pihak berkenaan untuk menjaga kebersihan negara.

    “Mereka harus benar-benar menghayati tema, Brunei Bersih dan Hijau, dan menjadikan kebersihan negara kita bukan sahaja tanggungjawab seluruh rakyat dan penduduk Brunei tetapi kepada pengunjung dari luar negara untuk melihat bahawa Brunei mengambil berat mengenai isu kebersihan negara.” Saranan dan seruan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan, Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar, dalam temu bual bersama Media Permata selepas pelancaran Kempen Kesedaran Kebersihan Senegara yang berlangsung di Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Kempen itu dilancarkan bersama oleh penasihat-penasihat bersama Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda