Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadikan kisah hidup Nabi Ibrahim satu pengajaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Kisah kehidupan Nabi Ibrahim AS merupakan salah satu sandaran umat Islam untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan yang lebih bertakwa kepada Allah SWT.

    Antara kisah yang perlu diambil pengajaran adalah erti menghapus rasa kepemilikian terhadap kurnia pemberian Allah SWT yang berupa keluarga.

    “Ia merupakan sebuah pengorbanan yang jarang dibincangkan dan persoalkan, iaitu pengorbanan perasaan dan rasa kepemilikan. Semua yang kita miliki dan kita sendiri adalah milik Allah SWT semata.”

    Perkara tersebut antara yang ditekankan dalam tazkirah bertajuk ‘Pengajaran Hidup Nabi Ibrahim Buat Kita’ oleh Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Pensyarah Sambilan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dr Muhammada Yadiy bin Haji Mat Yassin semasa Malam Munajat ke-91 anjuran KHEU, malam tadi.

    Turut hadir memeriahkan program kali ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir bersama hadirin lain semasa Malam Munajat ke-91 anjuran KHEU, baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU

    Acara turut mengundang ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin selaku tetamu khas, yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong.

    Juga mengimarahkan acara ialah para pengajar dan pelajar Mahad Islam Brunei, ahli-ahli jawatankuasa takmir serta jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut, dan Masjid Kampung Keriam, Tutong, serta Kumpulan Soutussolehen, Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Program disertai sama oleh para jemaah dari 91 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, warga kerja KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

    Juga hadir ialah para pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan), Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn Bhd, Haji Mahmud bin Haji Mohamed, dan para pegawai pembimbing ugama Darussalam Services Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda