Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadilah pejuang fajar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Melaksanakan amal solat pada waktu fajar memerlukan perjuangan dan solat fajar atau subuh itu adalah yang paling berat dikerjakan oleh orang-orang munafik.

    Sementara itu, aktiviti pada waktu fajar itu merupakan gerakan iman, bangkit daripada lelap tidur dan buaian mimpi itu juga kerana iman, menahan sejuknya air wuduk pada waktu fajar itu juga kerana iman dan setiap gerakan langkah ke tempat solat itu adalah kerana iman, kerana itulah ia dinamakan perjuangan yang paling berat.

    Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah solat yang paling berat bagi orang-orang munafik lebih daripada solat Subuh dan Isyak. Andai mereka tahu apa kelebihan yang ada pada keduanya, pasti mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan merangkak”.

    Perkara berkenaan adalah antara yang diterangkan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd Majid ketika menyampaikan tazkirah subuh bertajuk ‘Pejuang Fajar’ pada Program Masjidku Makmur, Negara Berkat minggu ini.

    Beliau turut mengongsikan akan keagungan waktu fajar dan waktu yang terkait dengannya seperti beristighfar pada waktu sahur, mengerjakan solat sunat sebelum solat fardu subuh didirikan, solat berjemaah, bersedekah dan duduk berzikir pada waktu subuh.

     Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

    Ia merupakan satu program mingguan dan ajakan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan sembahyang fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.

    Program turut memberikan peluang kepada para pengunjung Bandarku Ceria, memulakan langkah dan keceriaan dengan meraih keberkatan melalui penyertaan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan diaturkan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti semasa menghadiri tazkirah Subuh tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda