BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Graduan bidang keagamaan diseru memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi agar dapat berbakti kepada negara dalam mengajarkan dan mengembangkan ilmu Al-Quran, khasnya kepada saudara seagama dan masyarakat secara umumnya. Ini kerana mereka berperanan sebagai Hammalatul Quran atau Pembawa Al-Quran yang berupaya mencetus inspirasi kepada masyarakat untuk lebih dekat dan berpegang