Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jadual Paralimpik Tokyo diumum

    TOKYO, 3 OGOS – Jawatankuasa penganjur Tokyo 2020 telah mengumumkan  jadual pertandingan Sukan Paralimpik yang tertunda, akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September, 2021, lapor agensi berita Xinhua.

    Jadual itu ‘pada prinsipnya’ hampir sama seperti  rancangan awal untuk 2020, tetapi atas sebab-sebab operasi, waktu bermula dan berakhir acara tertentu telah disesuaikan.

    Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan menampilkan 539 acara dalam 22 jenis sukan yang dianjurkan di 21 lokasi.

    Pemenang pingat pertama akan ditentukan dalam perlumbaan percubaan masa berbasikal wanita pada 25 Ogos, sehari selepas upacara pembukaan. Majlis perasmian dan penutup akan diadakan di Stadium Olimpik bermula 8 malam hingga 11 malam waktu tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda