Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga adab dan tutur kata

    Jasa para petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam sama-sama membendung penularan wabak di negara ini amat disanjung tinggi. Pengorbanan dan keletihan mereka sudah diibaratkan adiwira yang menyelamatkan orang ramai dari sebarang musibah
    Dalam keletihan yang mereka hadapi, tidak pernah menunjukkan lelah mereka membantu orang ramai malah masih menunjukkan adab dan kesopanan mereka semasa melayan pelbagai kerenah orang ramai di pusat-pusat vaksinasi di negara ini.

    Namun sesetengah di antara para sukarelawan perlu meningkatkan lagi sikap dan adab tutur kata mereka.

    Ini kerana, baru-baru ini saya mendapatkan dos pertama saya di salah sebuah pusat vaksinasi di negara ini.

    Biasalah orang baharu menghadirkan diri untuk mendapat suntikan setentunya memiliki pelbagai pertanyaan. Tapi perlukah saya ditengking atau suara ditinggikan ketika saya bertanya?

    Saya orang awam yang tidak tahu apa-apa proses pemvaksinan ini dan wajar saya bertanya dan mendapatkan penjelasan yang sebaiknya bukan secara ditengking.

    Itu satu hal, ketika menunggu giliran memasuki ke kawasan vaksinasi, perlukah orang yang menjaga kawasan menunggu itu dengan menyelitkan perkataan ‘babal’?

    Setahu saya dengan saya duduk ketika itu kebanyakan warga tempatan dan sudah dikatakan berumur.

    Saya tahu memang ada sesetengah orang masih tidak mengikut arahan, tetapi janganlah anggap semua orang itu sama dan boleh saja menggunakan bahasa yang beradab dan baik.

    Saya tahu semua sukarelawan atau siapa-siapa di sana letih, tetapi janganlah bersikap kasar kepada orang awam tidak kira orang tempatan mahupun warga asing.

    Kami banyak bertanya sebab kami tidak tahu apa-apa dan dan mahukan jawapan, bukannya tengkingan daripada para petugas. Justeru perbaiki adab dan tutur kata, kalau terasa letih bawa berehat seketika.

    Adab perlu dijaga

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda