Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Sebagai manusia yang dikurniakan akal hendaklah memakmurkan, memanfaatkan serta menjaga bumi dan alam sekitar yang telah kurniaan Allah dengan selayaknya, dan bukan melakukan kerosakan, pencemaran dan kemusnahan. Pelbagai bencana dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia adalah di sebabkan oleh kerakusan dan kecuaian

