Tuntutan kerjaya seni yang memerlukan penggiatnya sentiasa kelihatan segak dan bersedia turut mendesak Syamel supaya selalu menitikberatkan penampilan.
Syamel berkata, kerjaya itu menuntut stamina yang tinggi, terutama ketika beraksi di pentas, membuatkan dia sentiasa berusaha mengawal dan menjaga berat badan.
“Saya perlu pastikan badan sentiasa bertenaga dan mempunyai rehat yang cukup. Saya mengawal pemakanan bukan semata-mata kerana mahu kurus, sebaliknya lebih kepada penjagaan kesihatan.
“Sejak mengamalkan sejenis makanan tambahan yang bakal berada di pasaran kelak, saya dapat berasakan perubahan yang ketara, terutama daripada segi tenaga. Susuk tubuh juga semakin susut.
“Seronok kerana saya mempunyai banyak pilihan pakaian untuk digayakan berbanding dulu. Tubuh juga semakin ringan apabila beraksi di pentas dan ia secara tidak langsung, membantu meningkatkan keyakinan saya,” katanya yang kini memiliki berat 74 kilogram. Beralih perkembangan kerjaya, Syamel muncul dengan single terbaharu, Curang, yang dihasilkan bersama vokalis Drama Band, Aepul Roza berkata, lagu itu tidak mempunyai kaitan dengan pengalaman hidupnya. – Agensi
