Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga-Jaga Senariounion dalam penggambaran

    Setelah ternanti-nantikan perkembangan kumpulan pelawak terkenal sepanjang zaman, Senario mengenai filem terbaharu mereka, hantaran terkini menerusi sebuah akaun Instagram yang didaftarkan sebagai @Senariounion mengesahkan segalanya.

    Dalam hantaran tersebut, beberapa keping foto ahli Senario seperti Azlee, Yassin dan Wahid telah dimuatnaik beserta keterangan kapsyen menyatakan mereka kini dalam penggambaran filem terbaharu yang akan menemui peminat tidak lama lagi.

    Mengesahkan perihal tersebut, Azlee berkongsi hantaran foto yang memperlihatkan dirinya bersama pelakon, Syanie.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menonton filem tersebut setelah kali terakhir Senario muncul dengan filem mereka pada tahun 2011, Senario The Movie : Ops Pocot.

    Selain itu, tidak kurang juga segelintir daripada mereka mengimbas kembali babak lakonan Azlee dan Syanie dalam Senario Lagi yang ditayangkan kira-kira 21 tahun yang lalu. Di laman Twitter, tular mengenai perkongsian tersebut yang kini mendapat lebih dari 2 ribu ulang kicau serta disukai hampir 6 ribu pengguna laman itu.

    Untuk info, filem Senario terbaharu berjudul Jaga-Jaga Senariounion yang diarahkan oleh Aziz M. Osman akan menggabungkan kesemua ahli mereka selain menampilkan beberapa pelakon yang pernah bersama dengan Senario suatu ketika dahulu. – Agensi

    Jaga-Jaga Senariounion akan menggabungkan kesemua ahli Senario bersama beberapa pelakon yang pernah bersama mereka suatu ketika dahulu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda