Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kebersihan kawasan pantai

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 28 Julai – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan kerjasama Syarikat Sahid Sdn Bhd telah mengadakan Kempen Kebersihan Pantai baru-baru ini.

    Kempen yang melibatkan kerja-kerja membersihkan kawasan sepanjang pantai Los Tanjung hingga ke kawasan Pantai Taman Jubli Perak Jalan Maulana antara lain bertujuan untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan persekitaran kawasan berkenaan.

    Di samping itu ia juga sebagai salah satu inisiatif dan sumbangan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan serta sebagai kesedaran tentang pentingnya menjaga dan mengekalkan kebersihan serta keindahan pantai sebagai kawasan riadah dan rekreasi orang ramai.

    Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria turut menyeru orang ramai agar sentiasa memelihara kebersihan dan keindahan pantai serta tidak membuang sampah di merata tempat.

    Sebarang kesalahan akan diambil tindakan berpandukan Kesalahan-kesalahan Kecil Bab 12 Penggal 30, Kesalahan Pembuangan Sampah dan Kotoran di Tempat Awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda