Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kebersihan masjid, erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 86 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 3 Program Sarjana Muda Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah bergotong-royong membersihkan Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi dan kawasan Tanah Perkuburan Islam Alangan Damit.

    Aktiviti yang diketuai oleh Dr Ismail Abas selaku penyelaras itu merupakan program khidmat masyarakat KUPU SB yang dihadiri oleh Pengarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakhbar.

    Program khidmat masyarakat itu merupakan salah satu daripada lapan program kokurikulum KUPU SB yang diperkenalkan dengan matlamat utama bagi memenuhi hasrat KUPU SB dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi pendidik profesional yang lebih matang dan berdaya saing.

    Antara objektif kegiatan tersebut adalah bagi memupuk kepentingan menjaga kebersihan selain mengeratkan lagi hubungan kalangan pelajar yang terlibat agar lebih bersatu dan menanamkan sikap bekerjasama.

    Mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB ketika bergotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Alangan Damit.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda