Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kebersihan tanah perkuburan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 24 Sept – Bersempena Sambutan Awal Tahun Hijrah, Kelab Belia Nadi Al-Muhibbin (KENABIN) iaitu kelab belia Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang telah mengadakan kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam Latukan Kampung Telisai, baru-baru ini.

    Turut hadir mengetuai kelab tersebut ialah Pengerusi KENABIN, Awang Mohd Padini bin Mohd Ta’ai.

    Kempen kebersihan merupakan salah satu kegiatan yang dijalankan bagi meriahkan lagi Sambutan Tahun Baru Hijrah dengan bertemakan ‘Hijrah dan KENABIN’.

    Sejurus kempen kebersihan, bacaan Tahlil telah dipimpin oleh belia KENABIN, Awang Abdul Khalid Qasyairi bin Ahmad.

    Ketika kempen kebersihan dijalankan.

    Antara objektif kempen tersebut adalah untuk mengisi masa lapang belia semasa cuti persekolahan sempena menyambut Awal Tahun Baru Hijrah di samping dapat menggalakkan belia-belia membuat kerja amal seperti membersihkan kubur dan mengingatkan kepada yang telah kembali ke rahmatullah.

    Selain itu, dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan kegiatan di masjid, ia juga dapat menarik minat belia untuk mengimarahkan lagi masjid khususnya di Kampung Bukit Beruang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda