Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kesihatan, kawal perbelanjaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H telah berkenan mengingatkan dua perkara penting iaitu betapa perlunya menjaga kesihatan dan mengawal perbelanjaan.

    Ketika musim puasa, titah Baginda, sistem makan minum adalah terkawal yang mana ia baik untuk kesihatan tetapi apabila menjelang Syawal, sistem tersebut mungkin berubah dan sekali gus membawa impak sebaliknya.

    Sehubungan itu, titah Baginda, adalah wajar supaya bersikap terus sederhana apabila memilih dan mengambil makanan sebagai langkah atau cara memelihara kesihatan di mana negara boleh saja kekal maju dan kuat apabila warganya sihat.

    Sementara dalam perkara berbelanja pula, titah Baginda, orang-orang Islam dikehendaki supaya lebih berhemah dalam makna, perlu berjimat dan tidak membazir.

    Sifat boros dan membazir selain menyalahi ajaran ugama, ia juga satu tabiat yang merugikan dan ia perlu diatasi dan jika tidak, dikhuatiri rezeki tidak akan berkat dan macam-macam keburukan boleh terjadi jika rezeki tidak berkat.

    “Bagaimanapun, Beta optimis, ibadat puasa yang baru saja dilalui akan dapat mengubah atau memperbaiki segala sikap atau tabiat yang perlu berubah,” titah Baginda.

    Terdahulu, Baginda bertitah mengajak rakyat untuk sama-sama membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid sambil banyak-banyak bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa selama sebulan penuh.

    Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan titah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H
    Baginda Sultan ketika berkenan mengurniakan titah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H

    Baginda bertitah, penggunaan perkataan ‘berjaya’ ini adalah sebagai mengambil kira yang mana ibadat berpuasa merupakan satu perjuangan besar melawan hawa nafsu.

    “Sesiapa yang berjaya melaksanakannya, tidak diragukan lagi, orang itu adalah seorang pejuang yang hebat dan telah berjaya dalam perjuangannya yang sangat mencabar itu,” titah Baginda.

    Baginda bertitah, “Kita wajib bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam dapat menikmati keamanan dan ketenteraman sedang dalam era masa ini, bukanlah mudah untuk orang dapat mengecap nikmat keamanan dan ketenteraman itu.”

    Menurut Baginda lagi, “Kita sudah menyaksikan atau mendengar di mana situasi tidak aman dan tidak tenteram itu berlaku di sana-sini tanpa mengira bahagian mana dalam dunia ini.

    “Ini juga menandakan dunia kita sekarang sedang mengalami musibah pertentangan atau pertelagahan yang sangat teruk di mana ia telah dan sedang merosakkan keamanan dan ketenteraman tersebut hingga ia sukar untuk diramal, bilakah musibah itu mungkin berakhir,” titah Baginda.

    Dalam perkara ini, tegas Baginda, kewajipan utama adalah memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara daripada sebarang bahang kemelut yang tidak diingini.

    “Di samping itu, kita juga tidak akan membiarkan sebarang anasir untuk membawa dan menyebarkan ‘kudis’ ke dalam negara ini.

    “Sehubungan itu, kita semua mesti berazam untuk melindungnya dengan izin Allah di mana nikmat keamanan dan ketenteraman itu adalah segala-galanya di mana ia mengatasi nikmati yang lain.

    “Walaupun wang kita banyak atau negara berstatus ‘gergasi ekonomi’ tapi jika tidak aman atau tidak tenteram, semua itu akan jadi kurang bererti,” titah Baginda lagi.

    Baginda bertitah, pada setiap tahun, Hari Raya dapat disambut dalam suasana aman damai dan penuh kegembiraan bersama-sama dengan kaum keluarga dan rakan taulan.

    “Beta berharap keadaan seperti ini akan terus berkekalan di mana semua orang dapat sama-sama berkongsi bahagia tanpa ada kecualinya,” titah Baginda.

    Sehubungan itu, Baginda dan kerabat Baginda mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di mana saja mereka berada.

    Di samping itu, Baginda juga berdoa semoga mereka berada dalam sejahtera dapat merayakan hari yang bahagia dengan aman dan selesa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/