Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan pada 10 Oktober setiap tahun, orang ramai diseru untuk menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri.

    Seruan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    “Kesihatan mental merupakan salah satu keutamaan komuniti kesihatan global, sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini, Jadikan Kesihatan dan Kesejahteraan Mental untuk Semua satu Keutamaan Global,” jelasnya.

    Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai bersama-sama menggandakan usaha untuk mengutamakan sekali gus meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mental dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan kerohanian, serta saling memberikan sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media di Dewan Al-‘Alfiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda