Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga tudung agar tidak rosak

    Pasti setiap wanita mesti pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar.

    Perkara ini benar-benar membuatkan kaum wanita rasa tertekan hingga membuat perkiraan untuk membeli tudung baharu. Jangan khuatir kerana ruangan wanita kali ini mengongsikan beberapa tip yang boleh dipraktikkan agar tudung anda kekal sempurna.

    Jangan ramas tudung ketika mencuci

    Ketika mencuci tudung, jangan diramas. Cara ini boleh merosakkan tudung anda. Tindakan yang tepat adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

    Rendam tudung kurang 15 minit

    Selepas mencelup dan mengangkat beberapa kali, rendamkan tudung di dalam campuran air bersama pelembut selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Ingat, jemur tudung anda di kawasan yang redup bukannya di bawah sinaran matahari yang terik. Ia boleh merosakkan dan memudarkan warna tudung.

    Elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh

    Membasuh tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan tudung anda. Tekanan kuat pada mesin basuh tidak sesuai dengan material tudung anda. Sebaiknya cuci dengan tangan.

    Jangan basuh tudung bersama pakaian lain

    Sebaiknya, cuci tudung anda bersama tudung sahaja. Jangan sesekali mencampurkan tudung anda dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju luntur dan merosakkan tudung. – Agensi

    Setiap wanita mesti pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda