Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jagdeep angkat sumpah naib presiden India

    NEW DELHI, 11 OGOS – Bekas gabenor negeri Bengal Barat Jagdeep Dhankhar mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden India yang baharu di hadapan Presiden Droupadi Murmu hari ini.

    Beliau menggantikan M. Venkaiah Naidu yang berusia 73 tahun untuk penggal lima tahun.

    Dhankhar, 71,  dicalonkan oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menewaskan calon pembangkang Margaret Alva, bekas menteri persekutuan, dalam pilihan raya 6 Ogos.

    Beliau memperoleh 528 undi berbanding 182 untuk Alva yang berusia 80 tahun untuk menjadi Naib Presiden ke-14 India. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda