Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaguar beralih ke jenama elektrik sepenuhnya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Pengedar dan pusat servis tunggal kenderaan Jaguar di negara ini, Indera Motors Sdn Bhd, hari ini mengumumkan peralihan global Jaguar kepada jenama mewah elektrik sepenuhnya, selaras dengan komitmen syarikat untuk mentakrifkan semula kemewahan moden dan kelestarian.

    Sehubungan itu, bermula 7 Oktober, bilik pameran Indera Motors tidak lagi akan mempamerkan kenderaan Jaguar sedia ada, dan orang ramai akan dimaklumkan apabila kenderaan elektrik baharu Jaguar tersedia di pasaran negara ini.

    Sebarang perubahan pada reka bentuk luar bilik pameran akan dibuat selaras dengan hala tuju yang baharu.

    Indera Motors dalam kenyataan menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik bagi semua kenderaan Jaguar, dengan statusnya sebagai pusat servis rasmi tunggal di negara ini kekal tidak berubah, di mana juruteknik Jaguar Land Rover (JLR) yang terlatih akan terus menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif dengan tahap kepakaran dan dedikasi yang sama.

    “Walaupun perubahan ini mungkin mengundang kebimbangan, transformasi Jaguar kepada jenama elektrik sepenuhnya menandakan babak baharu yang sangat menarik. Kami menggalakkan pelanggan dan orang ramai untuk menyokong era baharu kemewahan dan kelestari-an ini dan kami memberi jaminan bahawa komitmen kami terhadap perkhidmatan cemerlang tetap kukuh,” kata Pengurus Besar Indera Motors, Alfred Yong.

    Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Indera Motors, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi atau menghubungi mereka.

    Bermula 7 Oktober, bilik pameran Jaguar tidak lagi mempamerkan kenderaan Jaguar sedia ada. – GAMBAR SERAHAN INDERA MOTORS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda