BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal Jaguar, menawarkan kadar menarik bagi bayaran ansuran bulanan Jaguar E-Pace, sekali gus menyediakan khidmat servis enam tahun, waranti lanjutan dan bantuan jalanan tiga tahun kepada pemiliknya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Jaguar E-Pace membawakan pengalaman pemanduan Jaguar yang hebat dan menambah praktikal harian.
E-Pace tampak sporty dengan kekisi jaringan berbentuk sarang lebah bersebelahan lampu besar LED dengan mata J yang terkenal.
Garis bumbung yang dinamik bersepadu dengan spoiler untuk memberikan profil tersendiri E-Pace dan garis kereta coupe.
Di belakang, lampu LED sepenuhnya memberikan ciri tersendiri. Pintu but yang lebar direka untuk membolehkan akses mudah kepada muatan besar dan versatil, yang berukuran sehingga 1.3 meter lebar, malah E-Pace juga mempunyai keupayaan menunda dengan kapasiti sehingga 1,800kg.
E-Pace dikuasakan enjin ingenium petrol P200 dengan transmisi automatik sembilan kelajuan.
Bagi orang ramai yang ingin menyaksikan dan mengetahui lebih lanjut mengenai Jaguar E-Pace, bolehlah berkunjung ke bilik pameran Indera Motors Sdn Bhd.
