Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jaguar Land Rover umum sasaran kemapanan 2030

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Jaguar Land Rover komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau pada seluruh operasinya sebanyak 46 peratus menjelang 2030. 

    Selain itu, syarikat itu akan mengurangkan purata pelepasan kenderaan merentas rantaian nilainya sebanyak 54 peratus, termasuk pengurangan 60 peratus sepanjang fasa penggunaan kenderaannya.

    Menurut kenyataan yang diberikan, sasaran itu yang diluluskan oleh inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi), mengesahkan laluan syarikat itu ke arah pengurangan pelepasan 1.5 darjah Celsius selaras dengan Perjanjian Paris. Komitmen oleh Jaguar Land Rover itu memenuhi sasaran paling bercita-cita tinggi yang ditetapkan di Paris.

    Kenyataan menyatakan, sasaran berkenaan mewakili komitmen Jaguar Land Rover untuk 2030, diikuti dengan cita-cita dekad kedua untuk pelepasan sifar bersih di seluruh rantaian bekalan, produk dan operasi menjelang 2039, sebagai sebahagian daripada strategi
    Reimagine.

    Untuk mencapai matlamat ini, syarikat berkenaan akan menyahkarbon seluruh reka bentuk dan bahan, operasi pembuatan, rantaian bekalan, elektrifikasi, strategi bateri, proses ekonomi sirkular dan rawatan sehingga akhir hayat.

    Untuk menyokong misinya, Jaguar Land Rover telah memperkenalkan peranan baharu iaitu pengarah kelestarian, dengan melantik Rossella Cardone untuk memacu transformasinya dan menyokong Pengarah Eksekutif, Strategi dan Kemapanan, Francois Dossa.

    Rossella Cardone selaku pengarah dan ketua Pejabat Kelestarian di Jaguar Land Rover dipetik berkata, “Kemapanan merupakan teras strategi Reimagine kami, dengan matlamat untuk mencapai sifar karbon bersih menjelang 2039, sebagai pencipta kenderaan mewah moden yang paling diingini di dunia. 

    “Semasa kami beralih daripada cita-cita iklim kepada tindakan, kami kini memasukkan kemapanan ke dalam DNA Jaguar Land Rover untuk meminimumkan jejak karbon kami merentasi rantaian nilai kami. 

    “Sasaran berasaskan sains memberitahu kami berapa banyak dan cepat kami perlu kurangkan pelepasan gas rumah hijau kami serta memastikan pihak berkepentingan dimaklumkan tentang kemajuan kami,” jelasnya lagi.

    Jaguar Land Rover telah mengumumkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau pada seluruh operasinya sebanyak 46 peratus menjelang 2030. – Gambar serahan Jaguar Land Rover
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...